Tak salah rujuk kembali dengan ex bf

ya, memang tak salah. tapiiii.. kena tengok dulu sebab n punca korang clash dengan dia dulu. adakah puncanya dari korang atau dia? kalau dari dia, mungkin korang kena batalkan saja niat tu, mungkin sekadar rakan adalah lebih baik. lebih2 lagi jika puncanya disebabkan ........

1. curang. tidak mustahil dia boleh lakukannya buat kali kedua. tak mustahil.
2. parents tak restu.

tapi tu semua depends, kita pun tak tau siapa jodoh yang telah ditetapkan oleh-Nya. yang kita hanya boleh buat adalah berdoa dan memohon petunjuk.

kalau ia disebabkan korang pulak, mungkin dia adalah lelaki yang korang cari selama ni. dia sanggup tunggu n memaafkan korang. tak banyak lelaki dalam kalangan spesis ni lagi tau dalam dunia ni. spesis yang boleh rendahkan ego. well, semua orang tau lelaki dengan egonya macam mana.

dari segi kelebihan, memang banyak. korang dah kenal dia sebelum ni n mungkin dah kenal pun family dia, so lagi senang untuk pegi ke next step. tak payah susah2 cari yang baru n ambil masa untuk kenal hati budi dia untuk berapa lama. setahun? dua tahun? n last2 tak kemana pun?

kenapa kita tak boleh ikut macam mak bapak kita dulu? "love after marriage" ? kenapa? sebab kita berada pada era maju. era kini. dah advance, semua dah lain. manusia sekarang pun susah nak dipercayai. macam2 pesen ado. mmg digalakkan sgtlah kalau nak bercinta selepas kahwin, cumanya tak salah kalau sebelum kahwin tu ambil tau serba sedikit pasal bakal suami korang tu. jadi takdelah langsung tak tau kan.

apa2 pun korang kena selidik n perhati betul2 keikhlasan dia. adakah dia betul2 jujur ataupun ade maksud yang lain. berhati-hati ye.


No comments: