kena cekik???


aku memandu waktu malam. sampai satu penjuru jalan, aku jumpa dua simpang. simpang kanan dan kiri. yg mana aku tau kalau aku masuk kiri, tmpt tu rmai org dan terang, manakala kalau kanan, tempat tu gelap n sangat menakutkan.

lepas tu, aku bercadang nak belok ke kiri tp tiba2 stereng tak boleh pulas lps tu aku pun terus ke kanan . masa tu aku takut sangat dan aku rasa ada tangan cekik leher aku. aku meronta2 dan terjaga. mengucap panjang. masa tu pukul 12 rasanya. aku baru terlena dalam 20 mnt. aku keluar dari bilik, tgk bawah gelap takde org n mak pun dah tidur. aku masuk semula ke dlm bilik n cuba kejutkan adik tp tak sedar jgk. aku takut sgt, aku dapat rasa sangat leher aku kena cekik tadi. last2 aku buka ayat al-quran dlm phone, lps tu baca2 apa yg patut, sampai la stgh jam aku boleh lena balik.

Lelaki


hati perempuan tak semudah itu untuk dipermainkan. perempuan sekarang tak perlu mengunci diri dalam bilik dan meratap sedih. menangis hingga tersedu2.tidak ada selera makan.kelar urat nadi.ukir nama si dia di tangan dan upload di laman sosial. tidak..jangan jadi bodoh

megahkah kita jika bersedih dan menyeksa diri hanya kerana cinta? megahkah?

kita yang pilih. kita boleh pilih mana jalan yang kita mahu. samada nak bersedih, memperlihatkan kelemahan kita, ataupun terus bangkit seperti tiada apa yang berlaku? mana satu?

ramai lagi lelaki di luar sana yang boleh kita gelar lelaki. lelaki yang boleh dibuat suami.


Tak salah rujuk kembali dengan ex bf

ya, memang tak salah. tapiiii.. kena tengok dulu sebab n punca korang clash dengan dia dulu. adakah puncanya dari korang atau dia? kalau dari dia, mungkin korang kena batalkan saja niat tu, mungkin sekadar rakan adalah lebih baik. lebih2 lagi jika puncanya disebabkan ........

1. curang. tidak mustahil dia boleh lakukannya buat kali kedua. tak mustahil.
2. parents tak restu.

tapi tu semua depends, kita pun tak tau siapa jodoh yang telah ditetapkan oleh-Nya. yang kita hanya boleh buat adalah berdoa dan memohon petunjuk.

kalau ia disebabkan korang pulak, mungkin dia adalah lelaki yang korang cari selama ni. dia sanggup tunggu n memaafkan korang. tak banyak lelaki dalam kalangan spesis ni lagi tau dalam dunia ni. spesis yang boleh rendahkan ego. well, semua orang tau lelaki dengan egonya macam mana.

dari segi kelebihan, memang banyak. korang dah kenal dia sebelum ni n mungkin dah kenal pun family dia, so lagi senang untuk pegi ke next step. tak payah susah2 cari yang baru n ambil masa untuk kenal hati budi dia untuk berapa lama. setahun? dua tahun? n last2 tak kemana pun?

kenapa kita tak boleh ikut macam mak bapak kita dulu? "love after marriage" ? kenapa? sebab kita berada pada era maju. era kini. dah advance, semua dah lain. manusia sekarang pun susah nak dipercayai. macam2 pesen ado. mmg digalakkan sgtlah kalau nak bercinta selepas kahwin, cumanya tak salah kalau sebelum kahwin tu ambil tau serba sedikit pasal bakal suami korang tu. jadi takdelah langsung tak tau kan.

apa2 pun korang kena selidik n perhati betul2 keikhlasan dia. adakah dia betul2 jujur ataupun ade maksud yang lain. berhati-hati ye.


Dah kahwin, buat cara dah kahwin

aku sangat2 pelik dengan perangai manusia yang satu ni. dia dah kahwin tapi purak2 bujang. budak yang selalu dia bawak tu yang kononnya 'anak buah dia' tu anak dia rupanya. patutlah rupa macam dah kawin je. ktorang selalu cerita pasal muka anak buah dia macam dia, dia cakap dia rapat ngan anak buah dia, abang dia garang, tak selalu bagi dia kua, agaknye abang yg dia maksudkan suami dia lah.

pendapat aku la, tak boleh buat cenggitu. kesian suami, anak dia.. dia tak ngaku. and org lain pun. kot2 ada yg memendam perasaan tersuka kat dia, tak ke parah?